Mudahkan Kerja Marketing Di SHopee

DiCIPTA Khas Untuk Peniaga Di Shopee

* Software ini perlu install di laptop atau PC dengan minimum Windows 8 ke atas

https://youtu.be/lsG46Oz0OhQ

Isu Yang Sama Dihadapi Oleh Peniaga Shopee..

Kami faham mengenai kesukaran untuk bersaing dalam perniagaan di Shopee. Tambahan pula sekarang sudah banyak panduan dan kelas Shopee yang ajar pelbagai teknik.

Semakin hari persaingan menjadi semakin sukar. Hanya yang cepat dan kreatif akan berjaya mendapatkan jualan.

Seperti anda sedia maklum, semua panduan Shopee akan memberikan pelbagai tips & trick antaranya :

Buat Kajian Produk

Bukan mudah nak buat kajian produk di Shopee. Nak kena buka satu per satu kategori, kemudian semak berpuluh ribu produk. Phewwww~

Follow Unfollow User

Nak follow unfollow user nampak macam mudah, tapi kalau kena buat setiap hari, penat tangan nak klik. Siapa yang ada terlalu banyak masa untuk buat kerja tu?

Nampak Macam Senang, Tetapi Susah.

Saya sendiri dah buat tips & trick tu. Tak semua orang ada masa yang begitu banyak untuk layan aktiviti follow & unfollow di Shopee. Yang ada banyak masa tu, baguslah. Yang tak ada banyak masa macam saya & anda, apa yang perlu dibuat?

Sebab tu kami ciptakan software ini untuk anda. 

Ini ialah software desktop dengan minimum requirement Windows 8 ke atas. Harap maklum. 

Software Ini Akan Memudahkan Kerja Anda Di Shopee

Kami sudah masukkan beberapa fungsi yang menjadi keutamaan kepada peniaga di Shopee.  Fungsi ini terbahagi kepada 2 bahagian dengan 4 fungsi seperti berikut:

AUTOMASI

Fungsi automasi ialah fungsi yang memudahkan kerja anda. Tak perlu lagi buat kerja manual.

Anda hanya perlu buat tetapan dan biarkan software lakukan kerja untuk anda.

MARKETING

Anda boleh lakukan analisis produk yang paling banyak permintaan mengikut kategori, kemudian dapatkan follower mengikut kategori tersebut. Anda akan menerima follower yang targeted.

Fungsi Yang Disediakan

Fungsi Lain Akan Ditambah Dari Semasa Ke Semasa

Anda Nak Menjual Di Shopee, Tetapi Tak Suka Nak Buat Kerja Manual?

Kami Faham Perasaan Anda, Sebab Itu SHOOPI Dicipta

Fungsi Utama SHOOPI

4 Fungsi Yang Akan Bantu Pemasaran Anda Di Shopee

SCRAP PRODUCT

Anda boleh download senarai produk bagi setiap kategori. Anda boleh pilih nak download 100-500 produk dalam sekelip mata.

Scrap produk untuk tujuan analisis & kajian produk yang mduah dijual, bukan untuk upload semula.

SCRAP USER

Anda boleh scrap user yang pernah tinggalkan komen di produk yang anda scrap. Hanya perlu upload senarai produk dan pilih jumlah user yang anda mahu

Dengan sekali klik, anda dah boleh dapatkan user yang targeted.

FOLLOW USER

Anda hanya perlu upload senarai user yang sudah scrap tadi. Kemudian sistem akan follow user tersebut mengikut masa yang anda tetapkan.

Tak perlu susah payah nak follow secara manual dah, semuanya sistem yang buat

UNFOLLOW USER

Anda hanya perlu tulis jumlah user yang anda nak unfollow. Kemudian tekan butang start unfollow. Sistem akan bergerak secara automatik.

Dengan sekali klik, anda boleh unfollow user dengan sangat mudah.

UNLIMITED AKAUN SHOPEE

Tiada limit akaun shopee yang boleh gunakan software ini. Tetapi hanya boleh login 1 akaun shopee dalam 1 masa kerana anda perlu gunakan chrome browser yang dikawal oleh software ini.

Bagaimana Sistem Ni Akan Bantu Bisnes Anda Di Shopee?

SCRAP PRODUCT

✅ Anda boleh buat semakan produk yang mendapat permintaan tinggi di shopee. 

✅ Anda boleh kaji tajuk produk, gambar produk dan penerangan produk yang mendapat sales terbanyak.

SCRAP USER

✅ Anda boleh dapatkan user yang targeted, mereka sudah pun berminat dengan produk popular. Anda tak perlu lagi susah payah nak semak user di setiap produk dalam Shopee, software ini akan buatkan kerja manual tu untuk anda.

✅ Anda boleh download senarai user bagi setiap produk & gunakannya semula apabila diperlukan.

FOLLOW USER

✅ Aktiviti follow user akan membuka ruang kepada user tersebut melihat kedai anda. Jika anda follow user yang memang sudah berminat dengan produk, lebih mudah mereka membeli.

✅ User yang anda follow memang mempunyai minat terhadap produk dalam kategori yang anda scrap, potensi untuk sales lebih tinggi

UNFOLLOW USER

✅ Aktiviti unfollow jadi lebih mudah, anda hanya perlu tulis jumlah yang anda nak unfollow dan software akan bekerja secara automatik.

✅ Semakin berkurang jumlah following, semakin bertambah kredibiliti anda. 

Apa Anda Akan Terima Hari Ini?

AKSES SHOOPI

Anda akan menerima akses SHOOPI selama sebulan (30 hari)

*Lesen akan dikira bermula selepas diaktifkan, bukan selepas pembelian.

GROUP SUPPORT FB

Anda boleh masuk dalam group support FB untuk berbincang mengenai cara penggunaan yang efektif bersama pembeli yang lain.

TUTORIAL & BIMBINGAN

Tutorial bagi setiap error akan disediakan di dalam group FB & page tutorial. Bimbingan diberikan sampai boleh guna software

LICENSE VALIDITY

Anda boleh simpan lesen anda tanpa tamat tempoh selagi anda belum activate. Jumlah aktif 30 hari akan dikira bermula dari tarikh pengaktifan (bukan tarikh pembelian)

Soalan Lazim

Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu Tentang SHOOPI

Adakah saya boleh refund selepas pembelian?

TIDAK. Tiada refund akan diberikan.

Software ini sudah melalui proses percubaan selama beberapa hari dan ianya berfungsi dengan baik. Jika ada sebarang error, sila nyatakan kepada kami untuk dibaiki.

 

Apa maksud pembelian lesen?

SHOOPI ialah software untuk komputer yang menggunakan operating system windows. Setiap software yang dipasang akan disertakan 1 lesen khas. Hanya komputer itu sahaja yang akan dapat gunakan SHOOPI.

Jika anda membeli 3 lesen, bermakna anda boleh gunakan di 3 komputer yang berbeza. 

 

 

Boleh install di PC lain kalau pc utama rosak?

Boleh, tetapi lesen pada PC yang pertama akan dihentikan. Hanya 1 PC sahaja yang akan aktif.

 

Adakah Lesen boleh dipindah milik?

Lesen tidak boleh dipindah milik. Hanya email yang digunakan semasa pembelian sahaja akan diaktifkan.

Adakah Boleh digunakan di macbook atau imac?

Tidak boleh. SHOOPI hanya beroperasi di windows sahaja buat masa ini. 

Adakah fungsi Shoopi akan ditambah nanti?

Kami sentiasa akan cuba menambah fungsi baru ke dalam software ini. Namun ia bergantung kepada mekanisma operasi. Jika ianya boleh dimasukkan dan berfungsi dengan baik, kami akan tambah fungsi tersebut.

Adakah boleh login banyak akaun shopee?

Anda boleh login banyak akaun shopee tetapi hanya 1 akaun dalam 1 masa kerana software ini menggunakan chrome. Chrome menetapkan hanya 1 login sahaja untuk 1 sesi. 

Kenapa tiada lesen lifetime?

Kami tidak boleh jangka berapa lama platform shopee akan wujud. Jadi lesen lifetime agak mengarut untuk software sebegini. 

Tambahan pula, bukan semua peniaga akan kekal berniaga di Shopee. Mungkin tahun hadapan akan berniaga di platform lain atau mungkin sudah tidak berniaga.

Anda tidak perlu renew tahun hadapan jika anda tidak mahu gunakan lagi SHOOPI.

Berapa perlu bayar untuk renew ?

Dengan harga yang sama juga anda perlu renew 

ApaKAH minimum requirement untuk gunakan Shoopi?

Minimum requirement untuk gunakan SHOOPI ialah:

+ Windows 7 SP1 ke atas (recommended Win 8 & Win 10)

+ Google Chrome latest version

+ Netframework 4.5 ke atas

+ Internet yang stabil

Jangan Buang Masa, Bertindak Sekarang